Gandingan Elmi, Azim siap gempur LTdL 2024

Gandingan Elmi, Azim siap gempur LTdL 2024

Muhammad Elmi Jumari sedia beri aksi terbaik di LTdL 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pelumba pasukan lebuhraya kebangsaan, Muhammad Elmi Jamari yakin gandingannya bersama Abdul Azim Aliyas mampu mencipta sensasi pada perlumbaan Le Tour de Langkawi yang bermula esok.

Elmi yang menggalas tugas pelumba pecut (sprinter) berkata, beliau bersama Abdul Azim yang sebagai penarik (pacer) sudah menemui keserasian sejak berlatih awal bulan lalu.

Biarpun mereka bergandingan dalam tempoh yang singkat, Jelajah Poyang di China 2024 pada 3 September lalu menjadi faktor kedua pelumba itu menemui kelebihan terbabit sekali gus menjadi persiapan untuk LTdL edisi kali ini.

“Buat masa ini, dalam latihan bersama Azim, beliau selalu menjadi pacer untuk saya beranjak ke hadapan. Sejak awal bulan kami bergandingan bersama.

“Jelajah di China saya sudah serasi dengan Azim. Beliau, hari demi hari membawa saya ke hadapan.

“Biarpun Azim masih muda, namun beliau tetap berani mencuba membawa saya untuk mendapat kedudukan terbaik,” kata Elmi ketika ditemui pemberita semasa sesi latihan di Kuah, Langkawi, semalam.

Sementara itu, Elmi mengakui bahawa pelumba tempatan mampu menyaingi dengan pelumba antarabangsa pada kejohanan edisi kali ini.

Menurut beliau, pelumba dari benua Asia masih mempunyai kualiti dan keupayaan untuk menyajikan saingan sengit pada setiap peringkat.

“Kita dapat lihat sebenarnya mereka (pelumba antarabangsa) tiada kelebihan yang ketara. Saya fikir pelumba Asia layak bertanding dengan mereka.

“Bantuan daripada rakan sepasukan mampu menamatkan saingan lebih baik sebelum garisan penamat,” tambahnya.

Pelumba berusia 34 tahun itu akan memikul tugas sebagai kapten skuad kebangsaan pada LTdL 2024 yang bermula Ahad hingga 6 Oktober ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN