Florida: Taufan Helene diisytihar kategori 4, 'sangat berbahaya'

Florida: Taufan Helene diisytihar kategori 4, ‘sangat berbahaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Taufan Helene diisytiharkan sebagai ribut kategori empat, dengan membawa kelajuan angin sehingga 215 kilometer sejam (km/j).

Ribut taufan yang dikategorikan sebagai ‘amat berbahaya’ itu dijangka mendarat di kawasan Florida Big Bend pada Khamis.

Pihak berkuasa memberi amaran ia boleh membawa gelombang ribut ‘malapetaka’ dan ‘tidak boleh dielakkan’, dengan banjir boleh mencecah setinggi enam meter.

Penduduk digesa berpindah dan diberi amaran hujan setinggi 18 inci boleh menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Ibu kota Florida, Tallahassee dengan bilangan 200,000 penduduk mungkin terjejas teruk akibat ribut taufan itu. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN