Fazura pasang lima pengawal peribadi ketika hadir di mahkamah

Fazura pasang lima pengawal peribadi ketika hadir di mahkamah

Fazura hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, bagi kes penceraian dengan suaminya, Fattah Amin, hari ini. = UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tampil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bistari dengan ceria dan senyuman namun Fazura kelihatan berhati-hati kerana terdapat lima pengawal peribadi mengiringinya.

Fazura hadir dengan mengenakan persalinan serba putih meminta diri untuk memasuki kamar mahkamah sambil diiringi pengawal peribadi terbabit.

“Selamat pagi semua. Kita masuk dalam dulu.

“Alhamdulillah, hari ini saya tenang,” kata itu ungkapan pelakon itu yang turut ditemani pengurus, Iman Tang dan peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Ditanya mengenai keadaan anaknya, pelakon filem Gol & Gincu itu memaklumkan Nur Fatima Aisya baik-baik sahaja.

Fazura pada 13 September lalu iaitu sehari sebelum sambutan ulang tahun Fattah telah memfailkan cerai terhadap pelakon itu di mahkamah sama.Fattah memaklumkan terkejut menerima berita isterinya memfailkan perceraian selain hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Akui Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 30, dia mencintai isterinya dan menegaskan tiada wanita lain di hatinya seperti dihebohkan dalam media sosial.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 manakala hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya