FAM perlu ‘meminang’ Park Hang Seo

FAM perlu ‘meminang’ Park Hang Seo

PARK Hang Seo ketika mengemudi skuad kebangsaan Vietnam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengemukakan tawaran kepada Park Hang Seo sekiranya benar-benar berminat untuk mendapatkan khidmat bekas ketua jurulatih Vietnam itu.

Ejen jurulatih dari Korea Selatan itu, Lee Dong Jun berkata, pihaknya terbuka untuk melakukan rundingan dengan FAM dan Hang Seo juga bersedia untuk pertimbangkan tawaran sekiranya bersesuaian.

“Jika mereka mahukan (khidmat) Hang Seo, Malaysia mesti membuat tawaran terlebih dahulu. Kemudiannya saya akan berbincang dengannya untuk pertimbangkan tawaran berkenaan.

“Saya mahu mengesahkan yang tiada sebarang cerita mengatakan Hang Seo berkata dia mahu ke Malaysia untuk mendapatkan jawatan itu,” kata Dong Jun yang dipetik menerusi laporan VnExpress.

Sebelum ini, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan pihaknya ada dihubungi beberapa ‘nama besar’ yang ingin menggantikan tempat Kim Pan Gon termasuk Hang Seo.

Bagaimanapun kata Hamidin, fokus ketika diberikan kepada pencapaian pemangku jurulatih, Pau Marti Vicente untuk memimpin Harimau Malaysia sehingga berakhir Piala AFF 2024.

Transformasi yang pernah dilakukan Hang-Seo kepada skuad kebangsaan Vietnam sebelum ini menjadikan namanya sebagai jurulatih disegani di Asia Tenggara dan menarik minat negara di rantau ini.

Selepas mengundurkan diri daripada skuad kebangsaan Vietnam, Hang Seo ketika ini menjadi penasihat kelab divisyen dua di negara berkenaan, Bac Ninh FC.

Ketika dibawah kendaliannya, Hang Seo pernah memacu Vietnam muncul naib juara Kejuaraan AFC B-23 2018 dan memenangi Piala AFF 2018.

Dalam pada itu, Dong Jun turut memaklumkan pihaknya pernah mengadakan pertemuan dengan Hamidin, namun tiada perbincangan tentang untuk mengisi jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN