FAM bagi markah cemerlang kepada VAR di Liga M

FAM bagi markah cemerlang kepada VAR di Liga M

PENGADIL melihat skrin VAR pada perlawanan praktikal pengadil VAR pada Sesi Simulasi VAR Liga Malaysia 2024-2025 .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi markah cemerlang kepada sistem Video Pembantu Pengadil (VAR) selepas teknologi itu digunakan dalam 80 perlawanan termasuk di Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Piala Cabaran bagi musim 2024-2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram, berkata prestasi pengadil serta pengendalian VAR dinilai sebagai cemerlang, dengan purata 0.57 ‘On-field Review’ (OFR) setiap perlawanan dan purata masa tambahan 2.27 minit yang digunakan untuk semakan VAR.

“Menurut garis panduan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), jumlah OFR dan masa tambahan untuk semakan VAR dalam liga kita berada pada tahap paling rendah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama, Sivasundaram menjelaskan bahawa FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan memulakan fasa kedua latihan VAR bermula pada Oktober 2024 hingga Februari 2025.

Dalam fasa ini, 21 pengadil muda yang berpotensi akan dilatih sebagai pengadil VAR manakala 21 pembantu pengadil akan berfungsi sebagai ‘Assistant Video Assistant Referee’ (AVAR)

Dalam pada itu, beliau juga berkata sebanyak 12 individu akan dilatih sebagai ‘Replay Operators’ (RO).

Menariknya, tiga pengadil wanita akan turut menyertai program latihan berkenaan iaitu Nurul Ain Izzatty Zainal sebagai pengadil VAR, dan Nur Akmal Anuar serta Munirah Ha Ali sebagai pengadil AVAR yang mana mereka bertiga diiktiraf sebagai ‘AFC Women Elite Referee’.

“Setiap program pembangunan pengadil dan operasinya berlandaskan penanda aras yang ditetapkan oleh AFC dan FIFA.

“Justeru, pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan kualiti dan maruah pengadil bola sepak negara terus terjaga,” ujar Sivasundaram.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pengadil negara, Muhammad Nazmi Nasaruddin di atas prestasi cemerlangnya dalam mengadili perlawanan bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Penggunaan VAR yang efisien ini diharapkan dapat mempertingkatkan mutu pengadilan dalam Liga Malaysia dan memberi keyakinan kepada semua peminat bola sepak tempatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya