RAMALLAH: Seramai enam rakyat Palestin terbunuh dan 18 yang lain cedera selepas tentera Israel membuat serbuan di bandar Qabatiya, Tebing Barat.
Gabenor bandar itu, Kamal Abu Al-Raub berkata, empat daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Tentera Israel berundur dari Qabatiya selepas memusnahkan infrastruktur di kawasan itu.
Insiden keganasan semakin melonjak di Tebing Barat sejak permulaan perang di Gaza.
Hampir setiap hari tentera Israel melakukan serbuan sehingga ribuan ditangkap dan berlaku pertempuran senjata dengan pejuang Palestin. -REUTERS