Dua beranak seludup rama-rama didenda RM861,000

Dua beranak seludup rama-rama didenda RM861,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Seorang lelaki warganegara Itali dan anaknya, dikenakan denda sebanyak 60 juta rupee Sri Lanka (RM861,000) kerana cuba menyeludup ratusan ekor serangga endemik termasuk 92 spesies rama-rama dari sebuah taman safari di negara ini.

Renjer di Taman Negara Yala menangkap Luigi Ferrari, 68, dan anaknya, Mattia, 28 tahun, pada 8 Mei lalu selepas mereka ditemui dengan balang-balang yang mengandungi serangga tersebut.

Menurut siasatan, mereka memerangkap serangga berkenaan dengan bahan kimia sebelum berhasrat mengawetnya.

Dua beranak itu didapati bersalah awal bulan ini atas pertuduhan mengumpul, memiliki dan mengangkut serangga secara haram serta didenda dengan jumlah tertinggi pernah dikenakan untuk jenayah hidupan liar di negara ini.

Renjer taman, K Sujeewa Nishantha memberitahu BBC Sinhala, pada hari kejadian, seorang pemandu jip safari memaklumkan mengenai sebuah kereta mencurigakan yang diletakkan di tepi jalan dan dua lelaki yang berada di dalamnya memasuki hutan dengan jaring serangga.

Pemeriksaan terhadap kereta itu menemukan beratus-ratus balang yang mengandungi serangga di dalam bahagian bonet.

“Semua serangga telah mati. Mereka meletakkan bahan kimia dalam balang tersebut,” kata Nishantha.

Pada awalnya, Luigi serta Mattia dikenakan 810 pertuduhan, namun dikurangkan kepada 304 dan mereka berisiko menghadapi hukuman penjara selama dua tahun jika gagal membayar denda sebelum 24 September ini.

Laporan berita Itali menyatakan, tertuduh sedang bercuti di Sri Lanka pada masa kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya