Donald Trump takut berdebat dengan Kamala Harris

Donald Trump takut berdebat dengan Kamala Harris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon Presiden dari Parti Republikan, Donald Trump enggan berdebat lagi dengan Naib Presiden, Kamala Harris selepas calon Presiden dari Parti Demokrat itu mencabar untuk mengadakan satu lagi pusingan debat.

Dalam satu hantaran di platform medial sosialnya, Truth Social, Trump mendakwa beliau memenangi debat yang dihoskan oleh ABC News di Philadelphia pada malam Selasa lalu dan menuduh Harris enggan menerima jemputan debat daripada Fox News, NBC News dan CBS News.

“Apabila seseorang yang terlalu inginkan kemenangan kalah, perkara pertama yang keluar daripada mulutnya adalah ‘mari lawan sekali lagi’,” tulis beliau.

Ia susulan satu hantaran di X, apabila Harris semalam mencabar Trump untuk berdebat sekali lagi selepas mendakwa berjaya menenggelamkan jutawan tersebut dalam debat pertama antara mereka.

Tinjauan CNN dalam kalangan pemerhati debat menunjukkan, sebanyak 63 peratus bersetuju bahawa Harris memberikan persembahan yang lebih baik ketika debat di Philadelphia itu.

Satu artikel New York Times menyebut, ramai ahli strategi dan pegawai Demokrat bersorak melihat prestasi Harris, manakala anggota Republikan kecewa dengan kegagalan Trump melancarkan serangan terhadap Naib Presiden itu.

“Trump gagal meyakinkan pengundi bahawa beliau mampu menjalankan tugas itu dan pada beberapa ketika kelihatan sangat marah dan kecewa,” kata Felo Kanan di Brookings Institution, Darrell West kepada Xinhua.

Sementara itu, profesor sains politik di Kolej Saint Anselm, Christopher Galdieri berkata, Harris kelihatan sedikit gementar pada awalnya, tetapi kemudian tampil dengan lebih yakin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN