NEW YORK: Puluhan Diplomat dari Indonesia dan negara-negara lain keluar dewan ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Tindakan itu sebagai protes terhadap jenayah genosid Israel yang menghancurkan Gaza dan serangan terbaharu di Lubnan.
Beberapa diplomat dilihat keluar tergesa-gesa ketika Netanyahu memasuki panggung utama untuk berpidato.
Pidato Netanyahu juga penuh dengan peringatan yang mengerikan kerana janji beliau akan ada lebih banyak serangan pada masa akan datang.-AGENSI