'DinFei' bersama dua beregu lelaki negara terkandas

‘DinFei’ bersama dua beregu lelaki negara terkandas

GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menewaskan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, 23-21, 19-21, 22-20 pada aksi suku akhir Terbuka Arctic 2024, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani gagal meluaskan kemaraan ke suku akhir Terbuka Hong Kong, pagi tadi.

Juara Terbuka Jepun 2024 itu terpaksa akur dengan gandingan Indonesia baharu, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 16-21, 21-19, 21-13 pada pusingan kedua.

Ini merupakan kejohanan pertama sebagai pemain profesional mereka selepas membuat keputusan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), 1 September lalu.

Sementara itu, gandingan profesional lelaki negara, Lim Tze Jian-Wong Tien Ci terpaksa akur dengan kehebatan juara dunia dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk.

Tze Jian-Tien Ci tewas menerusi permainan straight set 21-9, 23-21 kepada beregu pilihan ketiga itu.

Turut mengiringi mereka, Azryin Ayub-Tan Wee Kiong yang gagal meneruskan rentak kemenangan mereka ke atas pasangan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin apabila tewas 18-21, 21-13, 21-17 dalam tempoh 51 minit.

Selasa lalu, Azryin-Wee Kiong mencipta kejutan menewaskan pasangan No. 14 dunia dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-15, 21-13, 21-19 pada perlawanan pembukaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya