Deijl minat sertai Harimau Malaya

Deijl minat sertai Harimau Malaya

Mats Deijl
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian peminat bola sepak tempatan untuk melihat aksi pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl bersama Harimau Malaya bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Ia selepas pemain yang beraksi di liga Eredivisie Belanda itu menunjukkan minat untuk beraksi skuad kebangsaan sekiranya berikan peluang oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Deijl berkata, segala dokumen berkaitan ahli keluarganya sedang disediakan untuk dikemukakan kepada FAM bagi membolehkan dirinya mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

“Saya memberitahu mereka (FAM) bahawa saya sebahagian dari Malaysia dan mereka bertanya adakah saya akan mempertimbangkan untuk bermain dengan pasukan kebangsaan Malaysia?. Saya kata, ‘Jika itu boleh dilakukan, sudah tentu’.

“Sekarang mereka meminta sijil kelahiran ibu dan bapa saya yang menetap di Belanda dan daripada datuk saya. Dokumen itu perlu dihantar dari Jerman, dokumen sedang disediakan,” kata Deijl dalam temubual laman Instagram, sameneustijgerbalsem.

Bagaimanapun, Deijl mengakui pada awalnya, beliau merasakan impian mewakili Harimau Malaya sebagai mustahil.

“Sejujurnya, pada mula saya fikir ia tidak akan berjaya, (untuk) menjadi sebahagian dari Malaysia, bunyinya mustahil. Namun, sekarang saya semakin bertambah yakin. Orang dalam persatuan memberitahu saya, ‘kami akan uruskannya, tidak perlu risau’,” katanya.

Sebelum ini, Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengesahkan pihaknya sedang berusaha untuk membawa Deijl menyertai Harimau Malaya selepas pemain itu menyatakan hasrat mewakili Malaysia.

Sekiranya proses dokumentasi berjalan lancar, Deijl bakal menambah pilihan Pau Marti Vicente di bahagian pertahanan kanan skuad negara dalam perlawanan akan datang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya