Cools idam trofi Pestabola Merdeka 2024

Cools idam trofi Pestabola Merdeka 2024

DION Cools (kiri) bersama jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente dalam sidang media final Pestabola Merdeka 2024 di sini hari ini.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Harimau Malaya, Dion Cools mengakui tidak berasa tertekan walaupun harapan tinggi diletakkan kepada skuad negara untuk menamatkan kemarau trofi dengan memenangi Pestabola Merdeka 2024.

Cools bakal membuat penampilan keduanya di final kejohanan itu berkata tekanan tersebut menjadi sumber motivasi terbaik untuk dirinya menghadapi Lubnan dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

“Ini adalah peluang terbaik untuk memenangi pingat dan menambah kejuaraan dalam koleksi saya. Selepas sedikit kontroversi kerana tidak menyimpan pingat perak pada tahun lalu, jadi saya mahu menyimpan pingat emas pada tahun ini.

“Saya lebih suka menjadikannya sebagai satu perkara yang positif dan juga motivasi untuk final nanti,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Pemain Buriram United itu turut berharap penyokong dapat memenuhi venue pertandingan bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya pada aksi final nanti.

“Saya harap penyokong boleh datang untuk memberi sokongan kerana kehadiran mereka memberi tenaga kepada kami. Jadi kami perlukan mereka.

“Kami akan cuba yang terbaik kerana kami mahu menjulang trofi ini di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Sebagai rekod, Malaysia mengesahkan slot ke final Pestabola Merdeka 2024 selepas menyingkirkan Filipina 2-1 sementara Lubnan mengejutkan juara bertahan, Tajikistan 1-0. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya