China umum langkah galak pekerjaan, tumpu graduan muda

China umum langkah baharu galak pekerjaan, tumpu graduan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mengumumkan langkah-langkah baharu untuk meningkatkan peluang pekerjaan, sehari selepas Beijing memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi besar-besaran untuk memulihkan ekonomi negara yang sedang tenat.

Ekonomi kedua terbesar dunia itu menghadapi cabaran untuk mengekalkan pemulihan selepas pandemik Covid-19, dengan penganalisis menyatakan sasaran pertumbuhan kerajaan sebanyak lima peratus pada tahun ini adalah agak optimistik berikutan pelbagai tekanan yang dihadapi Beijing.

Antara cabaran tersebut ialah krisis hutang semakin meningkat dalam sektor hartanah, tekanan deflasi berpanjangan, dan kadar pengangguran belia yang tinggi.

Data rasmi minggu lalu menunjukkan kadar pengangguran belia meningkat kepada 18.8 peratus pada bulan Ogos, tertinggi bagi tahun ini.

Menurut siaran televisyen negara CCTV pada Rabu, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis dan Majlis Negara telah mengeluarkan beberapa panduan mengenai ‘pelaksanaan strategi keutamaan pekerjaan untuk mempromosikan pekerjaan penuh yang berkualiti tinggi’.

Langkah-langkah tersebut termasuk sokongan tambahan untuk graduan kolej dan golongan belia lain, seperti memperkenalkan gaji yang lebih baik, latihan dan peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Polisi tersebut turut menyeru perkhidmatan pekerjaan belia yang lebih berkesan, termasuk bimbingan kerjaya disasarkan dan latihan amali, serta bantuan tambahan untuk graduan dari keluarga miskin dan golongan belia menganggur dalam tempoh yang lama.

“Isu pekerjaan berkaitan dengan kepentingan rakyat, pembangunan ekonomi dan masyarakat yang sihat, serta kestabilan jangka panjang negara,” menurut kenyataan CCTV.

Bank pusat China telah mengumumkan beberapa siri pemotongan kadar faedah sejak Selasa dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan dan pelaburan serta meningkatkan pertumbuhan.

Penganalisis berpendapat langkah rangsangan berani ini adalah antara yang paling besar dalam beberapa tahun, namun mungkin belum mencukupi untuk merancakkan semula ekonomi negara tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya