China hantar kapal angkasa ke Marikh pada 2028

China hantar kapal angkasa ke Marikh pada 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Usaha China untuk membawa sampel dari Marikh ke bumi mungkin dilancarkan seawal 2028, dua tahun lebih awal daripada yang dinyatakan sebelum ini.

Pakar bertanggungjawab, Liu Jizhong baru-baru ini mendedahkan, misi Tianwen-3 negara ini akan dilaksanakan menerusi dua pelancaran sekitar empat tahun lagi.

“Salah satu objektif misi Tianwen-3 adalah mencari kehidupan di planet Marikh serta membawa pulang permukaan planet tersebut.

“Misi itu juga akan menguji kemampuan China untuk mendarat dan berlepas dari Marikh,” katanya dalam satu acara penerokaan ruang angkasa di wilayah Anhui, timur China, minggu lalu.

Sebelum ini, China menganggarkan akan melaksanakan misi ke Marikh pada 2030.

Rancangan terbaharu ini mengembalikan usaha Beijing ke landasan selepas seorang saintis pada 2022 buat pertama kali mendedahkan hasrat negara ini meneroka Marikh menjelang 2031.

 Ia juga berlaku ketika Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dan Agensi Angkasa Eropah merancang misi sama dan masih menjalankan kajian mengenai bajet dan risiko. 

Presiden Xi Jinping memandang penting misi tersebut dalam usaha menjadikan Beijing sebagai negara yang menguasai program angkasa lepas.

Jun lalu, misi China ke bulan selama 53 hari menyaksikan angkawasannya berjaya pulang ke Bumi bersama sampel, yang diisytiharkan pertama di dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN