China dominasi kolam renang Paralimpik Paris

China dominasi kolam renang Paralimpik Paris

AKSI Perenang China, Jiang Yuyan dalam acara 100 meter (m) kuak lentang S6 (kecacatan fizikal) wanita di Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Paris La Defense, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perenang remaja China, Jiang Yuyan meraih emas ketujuhnya di pentas Sukan Paralimpik Paris 2024, selain memecah rekod dunia menerusi acara 100 meter (m) kuak lentang S6 (kecacatan fizikal) wanita, semalam.

Perenang berusia 19 tahun itu kehilangan tangan dan kaki kanannya dalam kemalangan kereta pada usia empat tahun mengungguli acara berkenaan.

Jiang turut mencipta kejutan apabila menewaskan juara bertahan dari Amerika Syarikat (AS), Jessica Long pada hari terakhir acara itu dipertandingkan.

China kemudian menambah enam pingat lagi, termasuk menyapu bersih kedudukan podium menerusi acara 200m rampaian individu SM5 wanita untuk memastikan mereka menamatkan saingan sebagai juara keseluruhan dalam acara renang buat kali keempat berturut-turut.

“Ianya benar-benara luar biasa bagi saya. Saya hanya mencapai matlamat kecil, kemudian berehat dan mula semula. Saya tidak terlalu memikirkannya dan hanya terus melakukan.

“Memperbaharui rekod dunia adalah cabaran baharu bagi saya pada masa kelak. Mulai sekarang, pesaing saya adalah diri saya sendiri,” kata Jiang.

Dalam pada itu, Jessica yang kehilangan dua kakinya, meraih emas ke-18 dalam kariernya dan yang ke-31 secara keseluruhan sejak kemunculan pertamanya di Athens 2004 iaitu ketika dia meudah mengungguli acara 100m rama-rama S8.

AS turut meluaskan dominasi mereka menerusi sukan bola keranjang kerusi roda lelaki apabila mempertahankan emas dalam acara itu buat kali ketiga berturut-turut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya