China dakwa digodam kumpulan dari Taiwan - Utusan Malaysia

China dakwa digodam kumpulan dari Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China menasihatkan rakyatnya supaya berhati-hati dengan serangan siber Taiwan selepas Kementerian Keselamatan negara ini melaporkan sistemnya di tanah besar China,  Hong Kong dan Macau digodam kumpulan dari Taipei yang digelar Anonymous 64.

Menurut kementerian itu dalam satu hantaran di sebuah blog, Anonymous 64 yang merupakan sayap peperangan siber Taiwan, sejak awal tahun ini memuat naik dan menyiarkan kandungan yang merendahkan sistem politik dan dasar utama Beijing di laman web, papan iklan luar, dan rangkaian stesen televisyen.

“Kami memohon pengguna internet supaya tidak mempercayai atau menyebarkan khabar angin dan segera melaporkan serangan siber atau kes aktiviti anti-propaganda kepada pihak berkuasa keselamatan negara,” jelas pos blog tersebut.

Akaun X kumpulan tersebut mendedahkan ia ditubuhkan pada Jun tahun lalu.

Hantaran di akaun itu antaranya memaparkan video yang menyamakan Presiden China, Xi Jinping dengan seorang maharaja dan memperingati demonstrasi Dataran Tiananmen pada 1989.

Satu video turut menunjukkan ucapan seorang anggota Anonymous 64 yang memakai topeng Guy Fawkes dalam gaya novel grafik dan filem V for Vendetta.

Setakat ini, tiada pihak dapat memastikan sama ada Anonymous 64 mempunyai kaitan dengan kumpulan penggodam antarabangsa.

Reuters juga tidak dapat mengesahkan lokasi kumpulan tersebut atau sama ada mereka benar-benar melaksanakan serangan siber yang didakwa China.

Sebelum ini, Taiwan sering menuduh China menyebarkan maklumat palsu dalam talian atau melancarkan serangan siber terhadapnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN