Cathay Pacific siasat kes penumpang makan ikan mentah

Cathay Pacific siasat kes penumpang makan ikan mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific Airways, melancarkan siasatan berhubung kes keracunan makanan yang didakwa melibatkan seorang penumpang selepas menikmati hidangan ikan mentah semasa dalam penerbangan.

Penumpang tersebut yang tiba di Hong Kong menerusi penerbangan CX987 dari Chengdu pada pukul 5 petang Selasa, mendakwa beliau tidak menyedari ikan yang dipesannya adalah mentah.

Beliau mengalami cirit-birit, sakit perut, dan kembung selepas memakan sebahagian daripada hidangan tersebut semasa menonton filem dalam penerbangan.

Cathay mengesahkan kepada Post seorang penumpang dalam penerbangan tersebut memerlukan rawatan perubatan selepas menikmati hidangan yang disediakan oleh syarikat penerbangan tersebut.

“Penyiasatan menyeluruh sedang dijalankan. Kami mengambil serius tentang keselamatan makanan dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada penumpang tersebut atas sebarang kesulitan yang timbul,” kata syarikat penerbangan itu.

Penumpang itu berkata, beliau pergi ke klinik lapangan terbang selepas tiba di bandar tersebut, dan pihak Cathay menawarkan untuk menemaninya, perlu membayar kos perubatan sendiri. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN