Carr yakin masih berbisa

Carr yakin masih berbisa

PELUMBA Pasukan EF Education-Easypost, Simon Carr memasang impian untuk terus mempertahankan kejuaraan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Juara bertahan Le Tour de Langkawi (LTdL), Simon Carr menaruh harapan besar untuk menamatkan musim jelajahnya berakhir dengan kemenangan pada perlumbaan Peringkat 1 yang akan bermula pada hari ini di Pulau Langkawi.

Carr yang berlumba untuk pasukan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), EF Education-EasyPost berkata beliau masih terbuai dengan kenangan manis ketika mengungguli perlumbaan terbabit di ibu kota.

Meskipun tersingkir empat perlumbaan di Itali awal bulan ini, pelumba berusia 26 tahun itu optimis, beliau masih berada dalam tahap prestasi yang terbaik ketika menjulang piala LTdL 2023 di Menara Berkembar Petronas, tahun lalu.

“Pada masa yang sama, LTdL 2023 merupakan pencapaian terbaik dalam karier saya. Ianya merupakan satu-satu kemenangan saya dalam siri jelajah. Jadi, untuk memenangi di sini (LTdL) merupakan pencapaian yang terbaik untuk menamatkan musim perlumbaan.

“Saya masih dalam kondisi yang sama ketika mengungguli perlumbaan tahun lalu. Impian itu masih sama. Tahun ini kelihatan sedikit mudah kerana tiada Genting Highlands dalam laluan.

“Bagaimanapun, ianya menjadi sukar untuk diramal kerana laluannya amat berlainan berbanding edisi tahun lalu,” kata Carr kepada pemberita ketika sidang akhbar pra perlumbaan LTdl 2024, di sebuah hotel Pulau Langkawi, semalam.

Pelumba kelahiran British itu menjadi juara keseluruhan individu apabila mencatat masa kayuhan lapan hari pertandingan itu dengan catatan masa 29 jam 17 minit dan 41 saat pada perlumbaan tahun lalu

Beliau berjaya meraih kemenangan satu perlumbaan daripada lapan peringkat iaitu menerusi Peringkat 5 dari Slim River ke Genting Highlands.

Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British yang merangkul gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia itu tahun 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya