Bursa Malaysia dijangka kekal dalam mod yang positif - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dijangka kekal dalam mod yang positif

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 5.95 mata kepada 1,671.60 pada pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,665.65 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,670.68.

Jumlah dagangan sebanyak 57 juta unit bernilai RM41.60 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 218 berbanding 60 dengan kaunter tidak berubah 212 dan 2,025 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi bursa Malaysia dijangka positif seiring dengan pergerakan harga saham di Wall Street.

“Pasaran saham dilihat memberi reaksi yang positif terhadap pemotongan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh pihak Rizab Persekutuan (Fed).

“Pengurangan kadar faedah secara agresif ini dilihat mampu untuk mewujudkan suasana pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang stabil setelah pasaran buruh dilihat mengalami kelembapan.

“Difahamkan, ada juga mengatakan pasaran berkenaan kemungkinan kemelesetan ekonomi di AS,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Justeru, Mohd. Afzanizam berkata, kebimbangan ini dilihat reda setelah pihak mengurangkan kadar faedah.

“Di samping itu, Fed juga menunjukkan komitmen utk mengurangkan lagi kadar faedah tersebut berdasarkan unjuran yang dibuat.

“Perkara ini juga telah menyuntik sentimen pasaran yang positif.

“Oleh itu, pretasi Bursa Malaysia pada hari ini dijangka kekal dalam mod yang positif,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN