Budak 9 tahun maut serangan dron - Utusan Malaysia

Budak 9 tahun maut serangan dron

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terbunuh dalam serangan dron oleh Ukraine malam semalam, di beberapa kawasan di negara ini.

Gabenor Moscow, Andrey Vorobyov pagi ini memaklumkan, mangsa maut selepas dron itu jatuh ke kawasan kediaman, mencetuskan kebakaran.

“Bomba berusaha memadamkan api, namun malangnya seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terbunuh,” katanya seperti laporan Arab News.

Tambah beliau, sekurang-kurangnya seorang lagi cedera apabila dron lain jatuh di sebuah bangunan kediaman.

Menurut pegawai dan media tempatan, serangan dron oleh Ukraine malam semalam menyaksikan Pertahanan Udara Russia berjaya menembak jatuh lebih 70 dron Ukraine sepanjang malam hingga pagi ini.

Sekurang-kurangnya 14 dron telah dipintas di dalam dan sekitar Moscow.

Akibat serangan tersebut, tiga lapangan terbang di sekitar Moscow membatalkan atau menangguhkan penerbangan.

Gabenor wilayah Bryansk, Aleksandr Bogomaz di Telegram berkata, sebanyak 59 dron telah dipintas dan dimusnahkan di kawasan itu yang bersempadan dengan Ukraine, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Agensi berita rasmi Rusia TASS pula melaporkan, dua lagi dron Ukraine telah dipintas di wilayah Tula, selatan Moscow. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya