Budak 3 tahun maut dalam kereta, ibu pengsan akibat mabuk

Budak 3 tahun maut dalam kereta, ibu pengsan akibat mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANAHEIM: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta dipercayai akibat cuaca panas, selepas ibunya yang dipercayai mabuk, pengsan di tempat duduk pemandu.

Menurut polis, Ily Elizabeth Ruiz dijumpai tidak sedarkan diri oleh ahli keluarga di dalam kenderaan Ford Expedition kira-kira pukul 4.20 petang semalam waktu tempatan ketika cuaca di Anaheim, California mencecah 40 darjah Celsius.

Ibunya, Sandra Hernandez, 41, pula ditemukan pengsan dipercayai akibat mabuk selepas beberapa botol arak turut dijumpai di dalam kenderaan tersebut.

Kanak-kanak tersebut segera dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.

Portal berita Metro.co.uk melaporkan pegawai polis, Matt Sutter sebagai berkata, Hernandez yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan untuk berdepan tuduhan membunuh dengan tidak sengaja dan pengabaian kanak-kanak.

Hasil bedah siasat mendapati, Ily maut akibat komplikasi strok haba.

Bapa kanak-kanak itu, Ruiz mendedahkan, bekas isterinya itu mengalami kemurungan dan tekanan perasaan selepas melahirkan anak.

“Saya kecewa, hilang kata-kata dan sangat marah. Itu yang saya rasa sekarang,” katanya kepada NBC Los Angeles.

Ruiz sebelum ini pernah kehilangan dua anak lelaki, Alaries, 5, dan Cyris, 9, selepas seorang lelaki mabuk melanggar khemah mereka ketika berkelah di North Dakota pada 2012. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN