Buaya Tasik Seksyen 7 dirakam dron Perhilitan - Utusan Malaysia

Buaya Tasik Seksyen 7 dirakam dron Perhilitan

IMEJ buaya itu yang dirakam dron Jabatan Perhilitan di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor berjaya merakam imej buaya tular yang berada di Taman Tasik Seksyen 7 di sini, petang tadi.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, imej itu dirakam pihaknya menerusi dron di sekitar tasik tersebut, kira-kira pukul 5 petang selepas reptilia itu didapati timbul di permukaan air di kawasan tengah lokaliti berkenaan selama lebih seminit.

“Buaya itu kemudian tenggelam semula ke dalam tasik berkenaan sekali gus menguatkan lagi dakwaan keberadaannya di tasik itu.

“Perhilitan sedang melakukan penilaian terperinci mengenai tingkah laku reptilia itu sebelum memasang perangkap untuk menangkapnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia petang tadi mendapati tasik itu masih dikunjungi orang ramai untuk beriadah dan turut dikawal pasukan Perhilitan.

Jelasnya, pasukan Perhilitan Selangor masih berada di tasik itu bagi menjalankan pemantauan rapi ke atas buaya tersebut.

“Kami juga sudah memasang 10 kain rentang amaran kepada pengunjung termasuk mereka yang berjoging pada waktu malam.

“Selain itu, dua bot milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditempatkan di tasik berkenaan bagi membantu proses pemantauan lanjut,” ujarnya.

Terdahulu, pihak berkuasa mengingatkan pengunjung supaya tidak mendekati tebing susulan tular kemunculan buaya tersebut.

Buaya tersebut ianggarkan sepanjang lebih satu meter itu berkemungkinan sesat ketika hujan lebat hingga menyebabkan banjir kilat, baru-baru ini.

Pada 2019 lalu, penduduk Shah Alam turut digemparkan dengan kehadiran seekor anak buaya tembaga di Tasik Shah Alam, Seksyen 14 di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya