Brownhill mampu perkasakan jentera tengah Vicente

Brownhill mampu perkasakan jentera tengah Vicente

Josh Brownhill (kiri) difahamkan mempunyai darah kacukan kerana neneknya berasal dari Malaysia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jentera tengah Harimau Malaya dijangka lebih mantap sekiranya hasrat pemain Burnley FC, Josh Brownhill untuk mewakili skuad kebangsaan menjadi kenyataan.

Menerusi perkongsian portal pencari bakat, frfuturetalents, pemain tengah Burnley yang beraksi di Liga Kejuaraan England mendakwa mempunyai darah kacukan kerana neneknya berasal dari Malaysia.

Frfuturetalents mendedahkan bahawa pihaknya satu emel daripada Brownhill yang dia bersedia untuk mempertimbangkan peluang untuk mewakili Harimau Malaya.

Untuk rekod, pemain berusia 28 tahun itu memulakan karier remajanya bersama Manchester United sebelum menyertai Preston North End pada 2013 hingga 2016.

“Saya boleh mengesahkan yang saya memiliki keturunan Malaysia di sebelah nenek saya dan ini sesuatu yang menjadi kebanggaan saya.

“Ketika saya meletakkan fokus kepada karier kelab saya sehingga ke hari ini, kemungkinan untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa menjadi sesuatu perkara yang boleh dipertimbangkan.

“Saya menghargai minat dan sokongan daripada penyokong dan komuniti bola sepak Malaysia dan saya akan berhati-hati dalam mempertimbangkan peluang mengenai perkara ini pada masa akan datang,” kata Brownhill beraksi bersama Barnsley dan Bristol City sebelum menyertai Burnley pada 2020.

Biarpun ada yang beranggapan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepatutnya mengetengahkan pemain tempatan, pendekatan menggunakan pemain warisan perlu diakui membuahkan hasil dengan ontoh terdekat ketika ini ialah Indonesia.

Sekiranya kehadiran pemain berdarah warisan membawa perbezaan seperti mana diharapkan, badan induk bola sepak negara itu sudah boleh mencaturkan strategi bagi membawa masuk calon yang kini beraksi di luar negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN