Bos Bayern puji Olise

Bos Bayern puji Olise

PEMAIN Bayern Munich, Michael Olise (kanan) meraikan kejayaannya menjaringkan gol bersama Alphonso Davies ketika membelasah Werder Bremen 5-0 dalam aksi liga di tempat lawan, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BREMEN: Pengurus Bayern Munich, Vincent Kompany menyifatkan Michael Olise sebagai ‘bakat istimewa’ selepas meledak dua jaringan dan mencipta dua gerakan gol ketika membelasah Werder Bremen 5-0 dalam aksi Bundesliga.

Olise menjaringkan satu gol pada setiap babak dan membantu Harry Kane serta Jamal Musiala mencipta jaringan.

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai Bayern pada musim panas lalu dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Crystal Palace selepas memenangi pingat perak bersama Perancis di Sukan Olimpik Paris baru-baru ini.

“Dia adalah bakat istimewa. Ia satu kelebihan di Bayern mempunyai begitu banyak pemain yang bagus. Michael bermain dengan sangat baik.

“Permulaan dia di FC Bayern tidak boleh lebih baik lagi. Dia perlu teruskan prestasi ini.

“Saya tidak merasakan bahawa dia seorang pemain yang merasa tekanan yang banyak. Dia hanya menikmati bola sepak.”

Bayern telah memenangi semua empat perlawanan pembukaan mereka dalam musim Bundesliga, menjadi satu-satunya pasukan yang tidak kehilangan mata setakat ini.

Musiala juga memberi pujian kepada Olise, memanggilnya ‘seorang pemain hebat’.

“Kami saling memahami dengan baik, kami banyak bercakap. Semakin banyak perlawanan yang kami beraksi bersama, semakin banyak persamaan yang akan kami bina. Dia mempunyai banyak kualiti,” kata Musiala.

Bayern telah menjaringkan 20 gol dalam tiga perlawanan terakhir mereka dan bakal menghadapi ujian sebenar apabila dijadual menerima kunjungan juara Bundesliga, Bayer Leverkusen, pada Sabtu ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya