Bonnie pecah rekod dunia lagi

Bonnie menang emas, pecah rekod dunia

AKSI Atlet paralimpik negara Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram di Sukan Paralimpik Paris 2024.-IHSAN MAJLIS SUKAN NEGARA(MSN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin memahat rekod dunia baharu selepas melakukan angkatan 232 kilogram (kg) dalam acara powerlifting dalam kelas 72kg di Sukan Paralimpik Paris 2024, semalam.

Kejayaan itu menyaksikan Bonnie menghadiahkan pingat emas kedua buat kontinjen negara di temasya terbesar dunia empat tahun sekali itu.

Bonnie yang turun selaku pemegang rekod dunia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) , mendahului saingan sejak daripada angkatan pertama dengan dia bermula dengan angkatan 221, 226, 232kg.

Kejaguhan atlet berasal dari Sarawak itu cukup sukar digugat apabila percubaan ketiga 232kg, berjaya dilakukannya sekali gus memadam rekod dunia miliknya yang dilakukan sebelum ini iaitu 231kg.

“Saya gembira apabila dapat mengekalkan status sebagai pemenang pingat emas Paralimpik dan lebih baik lagi apabila mencipta rekod dunia baharu di sini.

“Terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Tempat kedua milik atlet dari China Hu Peng dengan angkatan 214kg manakala gangsa dimenangi Donato Telesca, Itali (213kg).

Kejayaan itu juga menyaksikan Bonnie mengekalkan emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Bonnie sebelum ini pernah mencipta sensasi apabila meraih gelaran juara dunia pada 2019, 2021 dan 2023, malah turut cemerlang menyumbang emas kepada Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya