Biden isytihar darurat di Florida akibat taufan Helene

Biden isytihar darurat di Florida akibat taufan Helene

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ribut Tropika Helene kini meningkat menjadi taufan Kategori 1 pada tengah hari Rabu, ketika ia bergerak melalui Teluk Mexico, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat (AS).

Pakar Ramalan NHC menjangka taufan tersebut akan bergerak lebih pantas apabila ia menghampiri pantai Florida Big Bend, malam ini.

Susulan itu, Presiden AS, Joe Biden, pada Rabu mengisytiharkan darurat di Florida dan mengarahkan bantuan Persekutuan bagi menyokong usaha tindak balas tempatan berikutan keadaan kecemasan yang disebabkan oleh ribut tropika Helene sejak Isnin lalu.

NHC turut menasihatkan penduduk di kawasan panhandle Florida, termasuk Tampa Bay, untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi ‘melindungi nyawa dan harta benda’ serta mematuhi protokol pemindahan.

Bandar-bandar di pesisir pantai dijangka mengalami paras air setinggi lapan kaki, disertai ombak kuat, manakala AccuWeather memberi amaran Taufan Helene berpotensi meningkat sehingga Kategori 4.

Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa telah menggantung operasi bermula pukul 2:00 pagi waktu tempatan, hari ini, manakala tiga lapangan terbang kecil berhampiran, iaitu Peter O Knight, Tampa Executive, dan Plant City, juga mengambil langkah yang sama dan akan ditutup pada hari sama.

Sekolah-sekolah di kawasan tersebut telah membatalkan sesi pembelajaran dan menutup kampus mereka.

Universiti Florida pula dijangka menyambung semula jadual harian seperti biasa pada Jumaat.

Datuk Bandar St. Petersburg, Kenneth Welch berkata, daerah itu menyediakan enam pusat perlindungan kecemasan untuk mereka yang memerlukan dan di daerah Pinellas, yang terletak dalam zon pemindahan, ambulans telah memindahkan pesakit ke kawasan yang lebih selamat.

Penduduk tempatan kini sibuk menyimpan bekalan keperluan dan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi serta berada di luar laluan taufan.

Menurut Banci 2023, daerah tersebut mempunyai kira-kira 960,000 penduduk. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya