Bekas Presiden Peru meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Presiden Peru meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori meninggal dunia pada usia 86 tahun, seperti diumumkan oleh ahi keluarganya.

Anak perempuan mendiang, Keiko Fujimori berkata, bekas presiden itu meninggal dunia selepas bertarung lama dengan kanser.

“Kami memohon kepada mereka yang menyayanginya untuk bersama kami dalam mendoakan ketenangan rohnya,” kata Keiko Fujimori dalam satu catatan di X, semalam.

Fujimori, bekas Jurutera Pertanian dan pensyarah universiti, muncul untuk menduduki tempat kedua dalam Pilihan Raya Peru 1990 menentang calon pilihan, Mario Vargas Llosa sebelum mengalahkan pesaingnya dalam undian berikutnya.

Semasa dekad pemerintahannya, Fujimori menerima pujian kerana berjaya menghapuskan hiperinflasi, merangsang pertumbuhan ekonomi dan mengekang kumpulan pemberontak Maois, Shining Path.

Namun, beliau yang juga merupakan anak pendatang Jepun menerima kritikan kerana mengukuhkan kuasa melalui cara tidak demokratik serta merosakkan institusi serta kedaulatan undang-undang Peru.

Selepas menutup sementara Kongres dan mahkamah, Fujimori melarikan diri dari Peru pada tahun 2000 berikutan kemunculan rakaman yang menunjukkan ketua perisikannya memberi rasuah kepada ahli Parlimen.

Pada 2005, Fujimori mengunjungi Chile dalam usaha untuk membuat kemunculan semula politik tetapi diekstradisi ke Peru bagi menghadapi perbicaraan atas kekejaman yang dilakukan oleh tentera pada awal pemerintahannya.

Fujimori dijatuhkan hukuman 25 tahun penjara pada 2009 selepas didapati bersalah atas pembunuhan 25 orang, termasuk seorang kanak-kanak, oleh skuad kematian yang bertindak atas nama kerajaan.

Namun, mahkamah tertinggi Peru mengarahkan pembebasannya pada bulan Disember lalu, atas alasan kemanusiaan.

Pada Julai lalu, Keiko Fujimori mengumumkan bapanya merancang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden keempat pada 2026. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN