Bekas jaguh angkat berat, Che Mohd Azrol meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas jaguh angkat berat, Che Mohd Azrol meninggal dunia

BEKAS jaguh angkat berat negara, Che Mohd Azrol Che Mat meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, malam semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas atlet angkat berat negara, Che Mohd Azrol Che Mat meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, malam semalam.

Allahyarham yang pernah meraih dua pingat emas Sukan SEA Vietnam 2003 dan Filipina 2005 itu menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.09 malam akibat serangan jantung selepas sepuluh hari dimasukkan di hospital berkenaan.

Allahyarham yang masih bujang kerana menjaga ibunya yang sakit, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kecil, Kuala Terengganu selepas Solat Isyak semalam.

Terdahulu, Allahyarham berusia 45 tahun mempunyai masalah kegagalan buah pinggang, dimasukkan ke hospital selepas mengadu lelah sebelum terpaksa ditidurkan.

Allahyarham pernah berkhidmat dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sebagai jurulatih pembangunan angkat berat pada tahun 2017.

Pada 2015 lalu, Allahyarham yang bergelar jurulatih di MSNT ketika itu terpaksa berhenti kerja selepas dijangkiti kencing tikus.

Dua tahun kemudian, Allahyarham pernah menerima rawatan di HSNZ susulan masalah jangkitan kuman dalam paru-paru selain mengalami masalah buah pinggang, hati dan limpa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN