Bayi lima bulan, nenek hanyut akibat banjir kilat di Itali

Bayi lima bulan, nenek hanyut akibat banjir kilat di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Operasi mencari seorang bayi lelaki berusia lima bulan dan neneknya terus dijalankan selepas mereka dihanyutkan oleh banjir kilat dari atas bumbung rumah percutian di pinggir bandar Pisa, Tuscany, Itali.

Banjir melanda sejak Isnin lalu, apabila sungai Sferza melimpah selepas beberapa hari dilanda ribut petir yang dahsyat.

Kedua-dua mangsa adalah warga Jerman yang sedang bercuti di Itali.

Ibu bapa dan datuk bayi tersebut berjaya diselamatkan dari bumbung rumah sewa percutian itu dan usaha mencari diteruskan dengan penggunaan dron, helikopter, penyelam dan anjing pengesan, ketika cuaca agak tenang.

Sebahagian besar Itali dilanda Ribut Boris sejak Khamis minggu lalu, sehingga menyebabkan beberapa negeri termasuk Tuscany, Veneto, dan Emilia-Romagna mengisytiharkan keadaan darurat.

Beribu-ribu penduduk telah dipindahkan, manakala amaran cuaca masih dikeluarkan di enam daripada 21 wilayah negara tersebut.

Menurut laman pemantauan cuaca Il Meteo, cuaca buruk dijangka reda menjelang hujung minggu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN