Bayern pasang impian beraksi di final Liga Juara-Juara

Bayern pasang impian beraksi di final Liga Juara-Juara

MANUEL NEUER - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Kapten Bayern Munich, Manuel Neuer berkata pasukannya fokus sepenuhnya kepada saingan Liga Juara-Juara musim ini dengan final bakal diadakan di Allianz Arena, Munich.

“Sesuatunya yang besar akan datang. Perkara yang paling penting adalah final di Munich. Kami mahu pergi ke sana dan segala-galanya yang lain adalah kedua.

“Kami tahu apa makna final ini kepada bandar, peminat, dan pemain. Motivasi kami sangat tinggi,” kata Neuer kepada pemberita menjelang perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb di laman sendiri.

Juara eropah enam kali, Bayern memasuki musim ini selepas kempen tanpa trofi pertama mereka dalam 11 tahun, dengan skuad kendalian Xabi Alonso, Bayer Leverkusen memenangi gelaran liga dan dua piala.

Bagi aksi Liga Juara-Juara musim lalu, Bayern tersingkir di separuh akhir kepada juara, Real Madrid, yang menewaskan Borussia Dortmund 2-0 di Wembley untuk meraih trofi kejohanan.

Neuer dan rakannya, Thomas Mueller yang kedua-duanya memenangi final Liga Juara-Juara pada 2013 dan 2020, adalah dua pemain terakhir yang masih mengingati final 2012 selepas tewas kepada Chelsea dalam penentuan penalti di laman sendiri.

Mueller kemudian memuat naik di media sosial pada hari Isnin, memberitahu pengikutnya jalan ke Munich bermula esok.

Dalam pada itu, pengurus Bayern, Vincent Kompany yang akan mengendalikan aksi pertama Liga Juara-Juara memberitahu pemberita bahawa peminat boleh bermimpi.

“Perkara yang paling penting bagi saya ialah kita tunjukkan di atas padang. Kami mempunyai perlawanan yang sukar esok. Apa yang penting ialah kita bermain dengan baik dan menang esok,” katanya.

Bayern telah memenangi setiap aksi pembukaan Liga Juara-Juara sejak 2002 selepas mereka kalah 3-2 kepada Deportivo La Coruna. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN