SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bertemu Pegawai Keselamatan Tertinggi Russia, Sergei Shoigu bagi membincangkan dialog strategik antara kedua-dua negara. Media Kerajaan KCNA melaporkan, Pyongyang dan Moscow mempunyai pertukaran pandangan yang meluas mengenai situasi serantau dan antarabangsa serta mencapai kata sepakat yang memuaskan. Jelasnya, ini termasuk isu bagi memperkukuhkan lebih banyak kerjasama untuk mempertahankan kepentingan keselamatan bersama. Jong Un berkata, Korea Utara akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan Russia selaras perkongsian strategik antara kedua-dua negara. Dalam pada itu, Amerika Syarikat dan Ukraine menuduh Jong Un membantu Russia dalam operasi pencerobohan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya