Banyak negara mahu rebut Jijoe

Banyak negara mahu rebut Jijoe

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang kini menjadi rebutan banyak negara luar yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih.

Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ mengakui menerima tawaran daripada beberapa pihak yang ingin beliau menyertai barisan kejurulatihan mereka.

Namun begitu, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menjelaskan bahawa beliau masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya.

Buat masa ini, Azizulhasni lebih cenderung untuk berehat seketika dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Kita semua perlu merancang masa depan, dan memang ada banyak tawaran, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dari luar negara.

“Ada yang menawarkan saya untuk menjadi jurulatih atau ‘performance coach’, tetapi terlalu awal untuk saya buat pilihan.

“Pada usia 36 tahun, saya tak mahu terburu-buru tanpa membuat persediaan rapi. Saya perlu benar-benar bersedia sebelum membuat keputusan kerana saya tidak suka melakukan sesuatu dengan separuh hati.

“Saya akan memberi 110 peratus dalam apa jua yang saya lakukan, jadi saya perlu memikirkan langkah seterusnya dengan teliti,” jelasnya.

Azizulhasni turut menambah bahawa beliau akan berbincang dengan jurulatihnya, John Beasley, untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sebelum membuat keputusan muktamad.

Untuk rekod, Azizulhasni menamatkan Sukan Olimpik Paris 2024 tanpa sebarang pingat selepas dibatalkan penyertaannya dalam pusingan pertama acara keirin kerana kesalahan memintas derny terlalu awal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya