Bantahan terhadap Israel di tiga negara - Utusan Malaysia

Bantahan terhadap Israel di tiga negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Berpuluh-puluh ribu penduduk mengadakan bantahan di bandar-bandar di Iran, Sanaa, ibu negara Yaman dan Bahrain semalam bagi mengecam serangan Israel ke atas Lubnan dan Gaza.

Agensi berita rasmi IRNA melaporkan, protes di Teheran dan bandar-bandar Iran lain adalah sebagai respons kepada seruan pihak berkuasa pada Rabu lalu untuk menunjukkan sokongan kepada gerakan Hezbollah yang disokong Iran di Lubnan dan untuk mengecam jenayah zalim rejim Zionis di Palestin.

Seorang wartawan AFP melaporkan, di Teheran, protes diadakan sekitar Dataran Enghelab di pusat bandar selepas solat Jumaat semalam.

Penunjuk perasaan dilihat membawa potret pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah serta bendera Palestin dan Hezbollah.

“Israel musnah, Lubnan menang,” laung mereka yang mengecam pembunuhan beramai-ramai di Lubnan sambal membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat.

Televisyen negara turut menyiarkan rakaman tunjuk perasaan lain yang diadakan di Semnan, Qom, Kashan, Kermanshah, Shiraz dan Abbas.

Di Yaman, bantahan aman diadakan selepas solat Jumaat di Sanaa, disertai ribuan penunjuk perasaan termasuk pemberontak Houthi.

Ada antara mereka dilihat membawa senapang dan sepanduk anti-Israel.

Protes sama turut diadakan di Bahrain, apabila beratus-ratus orang yang berarak di sebuah kampung di utara Manama menyuarakan solidariti dengan Gaza dan Lubnan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN