Atlet para perlu lebih peruntukkan

Atlet para perlu lebih peruntukkan

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) bergambar bersama murid pendidikan khas yang mengambil bahagian dalam Mini Kejohanan Para Olahraga Program Rimau Emas di Kompleks Sukan MSN Setiawangsa, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan untuk mendapatkan peruntukkan yang lebih tinggi bagi memperkasakan sukan orang kelainan upaya (OKU) selepas melihat prestasi membanggakan kontinjen para negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata peruntukkan yang sedia ada mencukupi namun terdapat kekangan yang perlu dihadapi jika atlet para negara ingin mengambil bahagian dalam kejohanan di luar negara.

Hannah berkata berdasarkan perbualannya bersama atlet para ramai daripada mereka yang mengakui berasa berdebar apabila keluar beraksi di kejohanan tertinggi dan mengakui memerlukan lebih banyak pendedahan.

“Tahun lalu, bajet podium atlet para lebih kurang RM10 juta dan bajet keseluruhan program podium (termasuk atlet normal) lebih kurang RM 40 juta. Jika diikutkan sekarang memang mencukupi tetapi untuk pendedahan atlet kita kena tambah bajet.

“Semalam saya dan kepimpinan tertinggi KBS telah hadir mesyuarat bersama Kementerian Kewangan untuk berbincang mengenai bajet tahun depan dan kita sudah minta bajet lebih besar untuk atlet para,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Kejohanan Para Olahraga Program Rimau Emas di sini semalam.

Dalam pada itu, Hannah turut memuji usaha Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menganjurkan kejohanan tersebut dengan misi mencari bakat baharu.

“Saya telah beri arahan kepada Jabatan Belia dan Sukan Malaysia supaya tahun depan mereka kena buat lebih kerap kejohanan di seluruh negara untuk pencarian bakat dan kita akan bekerjasama dengan MPM.

“Selepas kita kenal pasti bakat tersebut bajet yang lebih besar mesti diperuntukkan untuk program podium atlet para supaya mereka ada lebih banyak pendedahan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya