Mara tidak pernah iktiraf ejen, orang tengah - Utusan Malaysia

Mara tidak pernah iktiraf ejen, orang tengah

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak pernah mengiktiraf mana-mana ejen atau orang tengah untuk berurusan dengan agensi itu.

Justeru, Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai supaya tidak mempercayai individu yang menawarkan khidmat untuk membantu sebarang urusan dengan Mara.

“Menyirap darah saya apabila seorang hamba Allah mengadu kepada saya semalam di Kluang, bagaimana dia terpaksa bayar RM5,000 kepada seorang ejen yang mendakwa boleh bantu percepatkan proses pinjaman perniagaan daripada Mara.

“Saya beritahu dia, Mara tidak pernah iktiraf mana-mana ejen atau orang tengah untuk berurusan dengan Mara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, jika ada orang tengah atau ejen yang mendakwa begitu, mereka merupakan penipu atau scammer yang cuba mengaut keuntungan atas angin memeras mereka dengan cara menipu.

“Kalau ada laporkan terus kepada saya. Saya sendiri akan minta pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mara ketika ini untuk siasat.

“Jika ada pegawai Mara yang terlibat, maka Mara tiada kompromi dan akan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang seleweng dan culas dalam menjalankan amanah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya