AS, UK salur RM6.5b bantuan ekonomi kepada Ukraine

AS, UK salur RM6.5b bantuan ekonomi kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Amerika Syarikat (AS) dan Britain memperuntukkan sejumlah (AS$1.5 bilion) RM6.5 bilion bantuan ekonomi kepada Ukraine selain berjanji melonggarkan sekatan senjata kepada Kyiv bagi berdepan konflik dengan Russia.

Perkara itu diumumkan semalam ketika Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Setiausaha Luar Britain, David Lammy mengunjungi Ukraine sebagai tanda sokongan kepada negara ini.

Bantuan ekonomi itu merangkumi sebanyak AS$717 juta (RM3.1 bilion) daripada Washington dan AS$782 juta (RM3.4 bilion) daripada United Kingdom (UK). 

“Sebahagian daripada bantuan oleh AS akan digunakan untuk memperbaiki kemudahan elektrik Ukraine yang terjejas akibat serangan Russia terutamanya menjelang musim sejuk tidak lama lagi,” katanya seperti laporan Reuters. 

Tambah beliau, Presiden Russia Vladimir Putin sengaja menggunakan cuaca sejuk sebagai ‘senjata’ terhadap penduduk awam Ukraine. 

“Kami akan kekal bersatu dan sokongan AS serta UK terhadap Kyiv tidak akan luntur,” kata Blinken kepada pemberita bersama-sama Lammy. 

Lammy pada masa sama menyatakan kesediaan pihaknya membekalkan peluru berpandu baharu kepada Ukraine tahun ini.

“Selain itu, UK juga akan terus mendesak sekatan penggunaan senjata terhadap Kyiv dilonggarkan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN