BAITULMUQADDIS: Amerika Syarikat (AS) menyalurkan pakej bantuan bernilai AS$8.7 bilion (RM35.8 bilion) kepada Israel bagi menyokong operasi tenteranya di Asia Barat.
Pakej tersebut merangkumi AS$3.5 bilion untuk persenjataan dan peralatan perang serta AS$5.2 bilion diperuntukkan bagi sistem pertahanan udara seperti sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome serta satu sistem laser canggih.
Pakej bantuan dari AS kepada rejim ketenteraan Tel Aviv diumumkan selepas Ketua Pengarah Kementerian Pertahanan Israel, Eyal Zamir berbincang dengan pegawai pertahanan AS di Pentagon, menurut Kementerian Pertahanan Israel.
“Pelaburan besar ini akan memperkukuh sistem kritikal seperti Iron Dome serta menyokong pembangunan berterusan sistem pertahanan laser berkuasa tinggi di peringkat akhir,” katanya. -REUTERS