AS musnahkan dron, peluru berpandu Houthi - Utusan Malaysia

AS musnahkan dron, peluru berpandu Houthi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL-MUKALLA: Tentera Amerika Syarikat (AS) mendedahkan pihaknya berjaya memusnahkan beberapa dron dan sistem peluru berpandu Houthi yang mengancam laluan perkapalan antarabangsa di luar Yemen.

Perkembangan baharu, semalam itu, dibuat ketika kumpulan tersebut mendakwa pesawat perang AS dan United Kingdom telah menyerang kawasan di bawah kawalannya di wilayah selatan Taiz.

Komando Pusat AS melaporkan, anggotanya telah memusnahkan lima dron dan dua sistem peluru berpandu di kawasan yang dikuasai Houthi yang mendatangkan ancaman jelas kepada kapal antarabangsa serta kapal AS dan sekutunya di kawasan tersebut.

Pada masa sama, Houthi pula memaklumkan, serangan udara baharu oleh pesawat AS dan UK dilancarkan di Taiz untuk hari kedua berturut-turut ke sasaran yang tidak dikenal pasti di kawasan Al-Kamp di wilayah tersebut.

Sejak Ahad lalu, media Houthi melaporkan serangan udara setiap hari oleh kedua-dua negara itu di Hodeidah, Ibb dan lokasi-lokasi lain di Yemen.

Houthi, Selasa lalu menyatakan, dua pelajar terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam kejadian rempuhan di sebuah sekolah di Al-Janad, wilayah Taiz, yang disebabkan oleh letupan besar dari lokasi yang disasarkan oleh pesawat perang AS dan UK.

Sebagai tindak balas terhadap serangan Houthi ke atas kapal yang bermula pada bulan November tahun lalu, AS membentuk gabungan pasukan marin untuk melindungi kapal dan melancarkan serangan ke atas sasaran kumpulan bersenjata itu di Yemen termasuk pangkalan tentera.

Houthi mendakwa, serangannya mengenai lebih 100 kapal dagang dan tentera dalam tempoh 10 bulan yang lalu, bertujuan untuk memaksa Israel menghentikan serangan di Gaza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN