AS mahu benarkan Ukraine guna peluru berpandu jarak jauh

AS mahu benarkan Ukraine guna peluru berpandu jarak jauh

ANGGOTA kerahan Ukraine Briged Artileri ke-55 'Zaporizhzhia Sich' menembakkan artileri bergerak sendiri CAESER buatan Perancis ke arah kedudukan Russia, di wilayah Donetsk.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi bayangan Washington akan melonggarkan sekatan terhadap Ukraine untuk menggunakan peluru berpandu jarak jauh buatan AS dalam usaha menentang pencerobohan besar-besaran oleh Russia.

Jika diluluskan, ia akan memenuhi permintaan berulang kali oleh Ukraine agar had penggunaan senjata dibekalkan oleh AS dilonggarkan, yang menurut pegawai Ukraine telah menyukarkan usaha mereka untuk melawan Russia.

Sehingga kini, Russia belum mengeluarkan sebarang kenyataan, namun Presiden Vladimir Putin sebelum ini memberi amaran tindakan tersebut boleh membawa kepada masalah yang sangat serius.

Kenyataan Biden ini hadir ketika Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, dan rakan sejawatan dari UK, Menteri Luar Negeri, David Lammy bersedia untuk bertemu dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky di Kyiv.

Blinken berkata, antara matlamat mereka sebelum lawatan tersebut adalah untuk mendengar secara langsung daripada kepemimpinan Ukraine mengenai sebarang keperluan yang mereka perlukan.

Blinken dan Lammy dijadualkan menuju ke ibu negara Ukraine itu bersama-sama selepas mengadakan rundingan di London.

Dalam lawatan ke UK, Blinken menuduh Iran membekalkan peluru berpandu balistik jarak dekat kepada Rusia, yang dikatakan mungkin digunakan terhadap Ukraine dalam beberapa minggu akan datang manakala Lammy menyifatkan tindakan negara Asia Barat tersebut sebagai satu peningkatan ketara dan berbahaya.

Peluru berpandu tersebut dijangka meningkatkan kekuatan Russia, membolehkan Moscow menyerang bandar-bandar Ukraine yang berhampiran sempadan Russia atau kawasan yang sudah dikuasai sambil melancarkan peluru berpandu jarak jauh ke dalam wilayah Ukraine.

Sejak Russia melancarkan pencerobohan penuh terhadap Ukraine pada Februari 2022, AS enggan membekalkan atau membenarkan penggunaan senjata yang boleh menyerang sasaran jauh di dalam Rusia kerana bimbang dibimbangi akan terjerumus ke arah konflik yang tidak berkesudahan.

Namun, AS melonggarkan beberapa sekatan terhadap penggunaan peluru berpandu tersebut, membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu jarak jauh untuk menyerang kawasan di sepanjang sempadan Russia. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN