Arsenal kembali raih kemenangan

Arsenal kembali raih kemenangan

Gabriel Magalhaes menjaringkan gol ketika berdepan Tottenham.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal mengutip tiga mata penuh dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 di Stadium Tottenham, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Mikel Arteta Kembali ke landasan kemenangan selepas diikat 1-1 oleh Brighton di Stadium Emirates sebelum ini.

Dalam aksi itu, Arteta mempertaruhkan trio serangan Leandro Trossard, Kai Havertz dan Bukayo Saka dalam usaha menggempur jentera pertahanan Tottenham.

Manakala Son Heung Min, Brennan Johnson dan James Maddison antara pemain yang mendapat kepercayaan Ange Postecoglou untuk pasukan tuan rumah.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0 biarpun mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol buat pasukan masing-masing.

Gabriel Magalhaes muncul wira The Gunners apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-64 apabila menanduk masuk bola sepakan sudut.

Spurs cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan, namun pertahanan kemas Arsenal berjaya menafikan beberapa percubaan anak buah Postecoglou

The Gunners kini mengumpul 10 mata dalam empat perlawanan manakala Spurs meraih empat mata selepas empat perlawanan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya