Apabila tiba masanya, saya akan pergi - Ronaldo

Apabila tiba masanya, saya akan pergi – Ronaldo

CRISTIANO RONALDO - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menafikan dia mempunyai rancangan untuk bersara daripada pentas antarabangsa dalam masa terdekat namun pemain berusia 39 tahun itu tidak berdepan kesukaran melakukannya apabila masanya sudah tiba.

Ronaldo mempunyai jumlah penampilan dan gol terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa lelaki dengan 130 gol daripada 212 perlawanan.

Dia kini berada dalam skuad Portugal bagi menghadapi Croatia dan Scotland dalam aksi Liga Negara-Negara.

Bagaimanapun, selepas mengharungi kempen Kejohanan Eropah (Euro) 2024 dengan penuh kekecewaan apabila dia gagal menjaringkan gol dan ramai berpendapat kehadirannya seperti menghalang pasukan.

“Apabila tima masanya, saya akan berhenti. Ia tidak akan menjadi keputusan yang sukar untuk dibuat.

“Jika saya rasa saya tidak lagi memberi sumbangan, saya akan menjadi orang pertama untuk meninggalkan pasukan,” kata Ronaldo yang kini bermain di kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Pemenang Ballon d’Or itu turut berkata dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan skuad kebangsaan negaranya walaupun menerima kecaman teruk pasca Euro 2024.

“Apa yang saya rasa sekarang, dan kata-kata pengendali (Roberto Martinez) juga senada, yang saya akan terus menjadi aset untuk pasukan kebangsaan dan akan menjadi orang pertama (mengakuinya) apabila ia berakhir,” katanya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya