Angka korban Taufan Yagi cecah 58 orang - Utusan Malaysia

Angka korban Taufan Yagi cecah 58 orang

RIBUT tropika Yagi di Manila. - FOTO AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Angka korban akibat tanah runtuh dan banjir dibawa Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 58 orang, sementara 40 lagi masih hilang di utara negara ini.

Agensi Pengurusan Bencana Vietnam hari ini melaporkan, sebanyak 750 yang lain turut cedera dalam insiden-insiden berkenaan.

“Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.

“Jumlah kematian dijangka meningkat,” jelas agensi itu kepada Reuters.

Taufan Yagi melanda pantai timur laut Vietnam Sabtu lalu, menjejaskan kawasan perindustrian dan penempatan penduduk selepas hujan lebat mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.

Media tempatan melaporkan, beberapa sungai utama di utara negara ini berada pada paras bahaya, sehingga menenggelamkan kawasan sekitar yang padat dengan penduduk.

Aliran deras sungai turut menyebabkan sebuah jambatan berusia 30 tahun yang merentasi Sungai Merah di wilayah Phu Tho, utara Vietnam, runtuh semalam.

Lapan mangsa masih hilang dalam kejadian tersebut.

Pihak berkuasa tempatan di kebanyakan kawasan melarang orang awam menggunakan jambatan termasuk Jambatan Chuong Duong Bridge di Hanoi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya