Ancelotti gembira pemain bangkit sebelum cipta kemenangan

Ancelotti gembira pemain bangkit sebelum cipta kemenangan

CARLO ANCELOTTI - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti berasa gembira dengan permainan dan daya ketahanan pasukannya apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Espanyol 4-1 dalam aksi La Liga.

Ancelotti memuji ketenangan pemainnya beraksi di bawah tekanan apabila mendominasi permainan dengan baik, melakar kemenangan hasil jaringan Dani Carvajal, Rodrygo, Vinicius Jr, dan Kylian Mbappe yang membatalkan gol sendiri Thibaut Courtois pada awal babak kedua.

“Kami bermain dengan baik, dengan kombinasi di dalam, walaupun tidak semuanya berfungsi, kami sentiasa mencuba.

“Pada babak kedua, dengan permainan terbuka… itu adalah konteks yang sesuai untuk kami. Kami memulakan dengan baik dan bertindak balas dengan baik selepas ketinggalan 0-1. Ini adalah permainan yang sempurna.

“Kami bermain lebih baik berbanding aksi-aksi sebelum ini, dengan lebih berirama dan mencipta lebih banyak peluang.

“Ini adalah permainan yang baik. Di belakang, pemulihan adalah baik, begitu juga tekanan selepas kehilangan. Kami keluar dengan lebih dinamik, sedikit demi sedikit kami kembali ke tahap terbaik kami. Saya gembira,” kata Ancelotti.

Tidak tewas dalam La Liga selama hampir setahun, Ancelotti mengakui dia berpuas hati dengan prestasi pasukannya yang berjaya mencari jalan untuk menang walaupun terdapat beberapa pemain cedera.

“Kami kini telah melalui 38 perlawanan tanpa kalah dan itu bermakna kami melakukan banyak perkara dengan baik. Namun, dalam musim ini terdapat satu fakta yang perlu diserlahkan, kami hanya menjaringkan satu gol pada babak pertama. Itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian.

“Saya telah bercakap mengenainya dengan pemain sebelum perlawanan, untuk melihat jika saya dapat mengubah dinamik ini. Kami tidak dapat, tetapi kami telah bermain dengan lebih berintensiti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya