Ammar terlepas pingat gangsa

Ammar terlepas pingat gangsa

MUHAMMAD Ammar Aiman meraih tempat keempat menerusi acara 400 meter (m) T20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik Paris 2024 di Stade de France, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari para negara, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi terpaksa menelan kekecewaan apabila terlepas pingat gangsa menerusi acara 400 meter (m) T20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik Paris 2024, sebentar tadi.

Atlet berusia 22 tahun itu gagal menepati ramalan untuk meraih emas selepas menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan 48.38 saat (s).

Pemegang rekod Asia itu tewas dengan pelari Mauritius, Yovanni Philippe dengan perbezaan hanya 0.08 iaitu 48.30s.

Pingat emas menjadi milik atlet Columbia Jhon Sebastian Obando Asprilla dengan catatan 48.09s manakala perak dibawa pulang oleh wakil Sepanyol, David Jose Pineda Mejia (48.24s).

Ammar menjadi sandaran untuk mencipta kejutan pada penampilan sulungya di Paris selepas meraih emas pada Sukan Para Asia Hangzhou 2023 lalu dengan rekod Asia 47.60s.

Terdahulu, Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbang pingat perak kontinjen negara selepas mencatat sejauh 17.18 acara lontar peluru akhir F20 (kecacatan intektual). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya