Alaves bikin Madrid cemas

Alaves bikin Madrid cemas

PENYERANG Real Madrid, Kylian Mbappe dilihat berbual bersama jurulatihnya, Carlo Ancelotti ketika menentang Alaves dalam aksi La Liga di Santiago Bernabeu, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti mengakui pasukannya berdepan detik mencemaskan sebelum mengesahkan kemenangan 3-2 ke atas Alaves dalam aksi La Liga di laman sendiri, semalam.

Madrid menguasai Alaves dengan jaringan daripada Lucas Vazquez, Mbappe, dan Rodrygo namun pada lima minit terakhir permainan, pasukan pelawat menjaringkan dua gol.

“Inilah bola sepak, anda mungkin fikir permainan sudah tamat, (kemudian ada) sedikit kesilapan dan mereka menjaringkan gol pertama, mereka mendapat keyakinan dan anda kehilangan kelebihan, inilah yang terjadi.

“Sudah tentu kami tidak mahu ini berlaku, tetapi ia boleh berlaku.

“Kami perlu menekankan bahawa selama sejam pasukan bermain dengan baik dan itu memberi kami keyakinan,” katanya.

Skuad Los Blancos mengatasi Alaves sejak awal permainan dalam apa yang dilihat sebagai perlawanan yang sangat tidak seimbang untuk sebahagian besar perlawanan, walaupun pasukan Basque itu memulakan musim ini dengan baik.

Mbappe dikeluarkan selepas 80 minit perlawanan dan dilihat memegang bahagian belakang pahanya.

“Dia baik-baik saja, dia meminta untuk ditukar bagi mengelakkan masalah lebih serius,” jelas Ancelotti.

Kemenangan itu merupakan kejayaan Madrid tidak tewas dalam 39 aksi liga berturut-turut di bawah bimbingan Ancelotti dalam 300 perlawanan selama dua kali memimpin pasukan itu.

Stadium Metropolitano iaitu merupakan venue terakhir Madrid merasai kekalahan iaitu genap setahun yang lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN