PARIS: Syarikat penerbangan rasmi Perancis, Air France pada Selasa mengumumkan bahawa ia melanjutkan penggantungan penerbangan ke dan dari Beirut kepada 1 Oktober, selepas hari pengeboman paling dahsyat oleh Israel ke atas sasaran Hizbullah di Lubnan sejak 2006.
Jurucakap Air France berkata dalam satu kenyataan kepada AFP, bahawa penerbangan ke ibu negara Lubnan digantung kerana “situasi keselamatan”.
Penerbangan ke dan dari bandar Israel Tel Aviv, yang telah digantung Air France minggu lalu, beroperasi “biasa” selepas disambung semula pada hujung minggu, tambah jurucakap itu.