Abdullah Sani sedia rebut kerusi No. 1 KLFA

Abdullah Sani sedia rebut kerusi No. 1 KLFA

ABDULLAH Sani Abdul Hamid (kanan) sedia bertanding merebut kerusi Presiden KLFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid secara rasminya bersedia bertanding bagi merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) walaupun ketika ini isu kewangan sedang melanda Kuala Lumpur (KL) City FC.

Beliau berkata keputusan untuk bertanding hadir selepas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menarik diri susulan Kabinet memutuskan anggota pentadbiran tidak dibenarkan bertanding jawatan dalam persatuan sukan.

“Sebenarnya, mula-mula saya bukan mahu bertanding sangat tetapi apabila dua menteri tidak boleh bertanding saya dapat rasakan keperluan amat dirasai.

“Berbekalkan pengalaman membantu pasukan hingga berjaya menjadi naib juara Piala AFC (2022) dan johan Piala Malaysia (2023) membuatkan saya berasa yakin malah saya juga mahu selesaikan masalah yang berbangkit dalam persatuan.

“Tentang serah tengkuk ketika pasukan ada masalah kewangan itu terpulang pada pendapat masing-masing. Masalah kewangan berkait rapat dengan pihak tertentu.

“Contohnya sebelum ini kami lewat menerima dana daripada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan ada beberapa syarikat yang mengkhianati perjanjian. Jadi, perkara seperti ini boleh diselesaikan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Abdullah Sani berkata beliau bersama pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki yang sebelum ini turut berminat merebut jawatan presiden telah membentuk pakatan bagi merebut jawatan penting yang dipertandingan pada pemilihan kongres KLFA, 12 Oktober ini.

Beliau berkata tindakan itu diambil selepas membuat keputusan secara kolektif dengan mengambil kira kepakaran dan kekuatan masing-masing dan Abdullah Sani mengakui bersedia untuk menerima tentangan daripada sesiapa sahaja.

“Saya tak tahu saya akan lawan siapa. Mungkin dua penjuru atau empat. Kita tunggu dan lihat,” katanya.

Difahamkan Penasihat Setiawangsa Rangers FC, Datuk Azril Mat Drus sebelum ini mahu merebut jawatan presiden akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden bersama Afdlin.

Itu bermakna Abdullah Sani akan dicabar oleh Naib Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar yang sebelum ini berhasrat merebut kerusi No. 1 badan induk negeri itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya