7 cedera gelora udara pesawat Scoot - Utusan Malaysia

7 cedera gelora udara pesawat Scoot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Tujuh individu termasuk empat penumpang cedera selepas sebuah pesawat Scoot TR100 mengalami gelora udara ketika dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Guangzhou, China, kelmarin.

Menurut syarikat pesawat tambang murah kendalian Singapore Airlines, Scoot, penerbangan berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Changi pada pukul 5.45 pagi waktu tempatan dan mendarat di Guangzhou kira-kira pukul 9.10 pagi waktu tempatan.

“Kami mengesahkan semua yang cedera telah diberikan rawatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Guangzhou,” jelas Scoot seperti laporan Channel News Asia.

Dalam pada itu, seorang daripada mangsa terpaksa mendapatkan rawatan lanjut.

Beberapa keping gambar didedahkan agensi berita China, 8world, menunjukkan kakitangan lapangan terbang dilihat menggunakan pengusung bagi membawa keluar penumpang daripada pesawat.

Dua lagi krew penerbangan iaitu seorang lelaki dan wanita pula dibawa menaiki kerusi roda berikutan kecederaan yang dialami.

Menurut Scoot, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Kami sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan kakitangan serta akan menawarkan bantuan serta sokongan yang perlu,” jelas syarikat berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN