55 penghuni rumah kebajikan GISBH di Perak diselamatkan

55 penghuni rumah kebajikan GISBH di Perak diselamatkan

SAARANI Mohamad mendengar penerangan mengenai program Rimba Raid Lenggong 2024 pada majlis pelepasan peserta acara tersebut di Kampung Beng, Lenggong, Perak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Seramai 55 kanak-kanak penghuni rumah amal kendalian Global Ikhwan Services & Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Perak diselamatkan setakat kelmarin dan mereka kini di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, yang tidak menafikan kewujudan aktiviti kumpulan itu di negeri ini.

Beliau juga meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk menyediakan laporan tentang kumpulan tersebut yang kini menjadi perhatian rakyat Malaysia.

“Tidak dapat dinafikan memang ada. Saya sudah minta JAIPk, ustaz Harith Fadzilah (Pengarah JAIPk) untuk mengumpul maklumat serta data, dan membuat laporan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Rimba Raid Lenggong 2024 di Kampung Beng, di sini semalam.

Ditanya mengenai gelombang GISBH di Perak, menteri besar itu yang turut memegang portfolio Agama Islam negeri berkata, pihaknya perlu menunggu hasil laporan yang dibuat oleh JAIPk.

Saarani juga berkata beliau juga akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas laporan mengenai GISBH di Perak diterima daripada JAIPk. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN