5 cedera ditembak di lebuh raya, polis buru suspek

5 cedera ditembak di lebuh raya, polis buru suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pihak berkuasa London memburu seorang suspek selepas lima orang cedera dalam kejadian tembakan semalam berhampiran sebuah lebuh raya di kawasan luar bandar Laurel County, Kentucky, yang terletak di selatan Lexington.

Timbalan Pegawai Perhubungan Awam Pejabat Sheriff Laurel County, Gilbert Acciardo memberitahu CNN, pihaknya kini memburu Joseph A. Couch, 32, berikutan kejadian berhampiran Lebuh Raya 75, kira-kira 14.5 kilometer di utara London.

Jelas beliau, insiden tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan apabila beberapa kenderaan ditembak dipercayai daripada kawasan belukar lebuh raya berkenaan.

“Kami mengesahkan lima mangsa telah ditembak. Semua mereka berada dalam keadaan stabil. Pihak berkuasa sedang memburu suspek,” katanya.

Jabatan Polis London mengenal pasti Couch, 32, sebagai individu berbersenjata dan berbahaya.

Menurut polis, suspek adalah lelaki kulit putih dengan ketinggian lebih kurang 178 sentimeter dan berat 70 kilogram.

Jabatan polis meminta orang ramai untuk menghubungi pusat panggilan 911 sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi suspek.

Jabatan Bomba Mount Vernon mengesahkan, lebuh raya itu telah dibuka semula pada petang semalam selepas ditutup selama kira-kira tiga jam dari laluan keluar 41 hingga laluan keluar 59 di kedua-dua arah utara dan selatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN